MAKLUMAN 3

Tuesday, March 9, 2010

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk

2. Berikut makluman-makluman untuk perhatian ibubapa sekalian :
i. Cuti persekolahan – takwim pembelajaran PASTI adalah mengikut sistem pengajian aliran kebangsaan, oleh yang demikian PASTI seluruh Malaysia akan bercuti pertengahan semester pertama pada 13 hingga 21 Mac 2010
ii. Keperluan penjagaan waktu cuti – bagi anak-anak pelajar mengikuti transit + pembelajaran waktu petang yang ibubapanya bekerja mengikut waktu pejabat dan menghadapi kesulitan penjagaan, boleh menghantar anak ke PASTI sebagaimana biasa, Muaddibah akan berusaha mengisi waktu tersebut dengan aktiviti-aktiviti pengukuhan pembelajaran
iii. Pembayaran yuran – sebagaimana dimaklumi, cara pembayaran yuran adalah melalui cara memasukkan terus ke akaun Maybank Islamik 555108002000 atas sebab keselamatan dan memudahkan ibubapa tanpa risau kehilangan serta meringankan tugas Muaddibah. Buat makluman, baru-baru ini sebuah PASTI di Negeri Sembilan telah mengalami kecurian, bagi mengelakkan kejadian tersebut, langkah pencegahan diambil. Ibubapa boleh menggunakan cara internet banking (Mayban2u @ IBG transfer), ATM Maybank transfer, ATM MEPS Transfer atau cash deposit - terpulang kepada kemudahan ibubapa sekalian. Berikan slip dan dicatatkan nama anak kepada Muaddibah untuk penyediaan resit penerimaan
iv. Pengajian KAFFAH (Kurikulum Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian) – Program pengajian tersebut dibuka kepada anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun dan akan bermula pada 3 April 2010. Kelas dilaksanakan 2 kali seminggu pada hari sabtu dan ahad jam 8.30 hingga 11.30 pagi. Pendaftaran dibuka sekarang dan ibubapa boleh datang melihat kurikulum yang digunakan bermula 15 Mac 2010. Kurikulum dan kawalan pelaksanaan dibawah Sektor KAFFAH, PASTI Malaysia
v. Egroups pasti isbat – belum ramai lagi yang menerima pelawaan egroups dan memberikan email alternatif bagi yang terlibat dengan penapisan sistem. Moga dengan cara ini memudahkan proses penyampaian maklumat
vi. Borang maklumat diri pelajar – masih ramai lagi yang belum menyerahkan borang maklumat diri pelajar. Borang tersebut perlu dihantar kepada PASTI Negeri untuk tujuan takaful berkelompok. Mohon tindakan segera untuk mengelakkan kesulitan
vii. Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Pelajar PASTI Kawasan Seremban pada 14 Mac 2010 – Saya membuat keputusan untuk tidak menghantar penyertaan ke kejohanan tersebut memikirkan kesulitan ibubapa, waktu latihan, bertembung dengan cuti persekolahan dan lokasi pertandingan di Seremban. Hanya Pasti Isbat al-Imtiyaz tidak menyertai kejohanan tersebut
viii. Mesyuarat Jemaah Ibubapa dan Guru (JIBG) – Dicadangkan pada 28 Mac 2010, tarikh akhir yang ditetapkan oleh PASTI Pusat adalah 31 Mac 2010. Mohon pandangan ibubapa dan boleh disalurkan melalui email : pastiisbat@gmail.com.
3. Semoga mendapat perhatian yang sewajarnya. Perhatian yang diberikan amat kami hargai. Sebarang permasalahan, sila terus berhubung dengan saya melalui email pastiisbat@gmail.com

Sekian, harap maklum

0 comments: