Mahrajan Pasti Kawasan Seremban

Thursday, October 21, 2010

Mahrajan Pasti Kawasan Seremban telah diadakan pada 16 Oktober 2010 bertempat di SARA Gedung Lalang, Ampangan. Acara Pidato, Sajak, Nasyid, Khutbah, Bercerita, Hafazan dan Azan dipertandingkan.

Alhamdulillah, seawal tahun pertama penubuhan, Pasti Isbat al-Imtiyaz telah membawa cabaran dan dirasai penampilannya. Pasti Isbat telah berjaya merangkul Johan dalam 2 acara iaitu Pidato melalui adik 'Ulya Maskuri dan Sajak melalui adik Khaireen Shahira. Naib Johan dalam 4 acara iaitu Khutbah melalui adik 'Ubayd Mumtazi, Bercerita (L) melalui adik Ahmad Akram Fahmi, Bercerita (P) melalui adik Noriwana Naziffa dan Azan melalui adik 'Ubayd 'Abqariy manakala saguhati dalam 2 acara iaitu nasyid dan Hafazan

Oleh yang demikian, Pasti Isbat akan mewakili Pasti Kawasan Seremban dalam acara pidato dan sajak ke Mahrajan Pasti Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 24 Oktober 2010 di Batu Kikir Negeri Sembilan

Tahniah adik 'Ulya Mashkuri dan adik Khaireen Shahira, Selamat meneruskan cabaran

Pasti Isbat mula mengorak langkah kecemerlangan

Nama merupakan doa, panggilan doa yang berpanjangan diharap mewarnai seluruh kehidupannya. Moga semua pihak yang bernaung didalamnya termasuklah kumpulan pengurusan, muaddibah, anak-anak pelajar dan juga ibubapa akan menghayati dan terserap dengan falsafah tersebut

Isbat al-Imtiyaz = kekal cemerlang

Semoga semuanya akan kekal cemerlang

PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2011

Wednesday, September 29, 2010

Assalamualaikum wrt wbr

Pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2011 adalah dibuka bermula 1 Oktober 2010

Pelajar : anak-anak yang berumur 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun

Pusat Pembelajaran :
Pelajar 3 tahun dan 4 tahun di Pasti Isbat al-Imtiyaz A
Pelajar 5 tahun dan 6 tahun di Pasti Isbat al-Imtiyaz B

Kurikulum, buku teks dan buku aktiviti : Kawal selia oleh Jabatan Pasti Malaysia

Mata pelajaran (6 tahun):
1. Peribadi Muslim
2. Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan
3. Bahasa Melayu
4. Bahasa Inggeris
5. Bahasa Arab
6. Matematik
7. Asas Penulisan Jawi
8. Al-Quran dan al-Hadith
9. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku*
10. Cepat Membaca Bahasa Inggeris - Read Easy*
11. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'*
12. Cepat Membaca Jawi - Bacalah Jawi*
13. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian*

Mata pelajaran (5 tahun):
1. Peribadi Muslim
2. Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan
3. Bahasa Melayu
4. Bahasa Inggeris
5. Bahasa Arab
6. Matematik
7. Asas Penulisan Jawi
8. Al-Quran dan al-Hadith
9. Asas Komputer
10. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku*
11. Cepat Membaca Bahasa Inggeris - Read Easy*
12. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'*
13. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian*

* Tambahan daripada Pasti Isbat al-Imtiyaz selain daripada pakej matapelajaran yang ditetapkan oleh Pasti Malaysia

Mata pelajaran (4 tahun):
1. Anak Soleh Pintar
2. Asas Bacaan - Pasti Adikku Pandai Membaca
3. Asas Penulisan- Pasti Adikku Pandai Menulis
4. Asas Penulisan - Allah Maha Pencipta
5. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku*
6. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'*
7. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian*
8. Easy 1,2,3*
9. Aktiviti Sambung Titik*
10. Sama atau Beza*
11. Aktiviti Mewarna*

Mata pelajaran (3 tahun)(Kurikulum dan buku ditetapkan oleh Pasti Isbat al-Imtiyaz):
1. Anak Soleh Pintar
2. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku
3. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'
4. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian
5. Asas Tulisan
6. Easy 1,2,3
7. Aktiviti Sambung Titik
8. Sama atau Beza
9. Aktiviti Mewarna


Peperiksaan bagi 5 tahun dan 6 tahun :
Semester pertama (disediakan oleh Pasti Negeri Sembilan)
Semester kedua (disediakan oleh Pasti Malaysia)
Peperiksaan bagi 4 tahun : Disediakan oleh Pasti Isbat al-Imtiyaz
Penilaian Adab Belajar : Muaddibah dan Ibubapa

Pakaian Seragam dan baju sukan : Selaras seluruh Malaysia

Aktiviti : Peringkat Pasti Unit, Pasti Kawasan Seremban, Pasti Negeri Sembilan dan
Pasti Malaysia

Waktu Pembelajaran : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Transit Petang : sehingga 5.30 petang

Pembelajaran waktu transit petang
1. Cepat Membaca al-Quran - Iqra dan al-Quran'
2. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku
3. Cepat Membaca Bahasa Inggeris - Read Easy
4. Aktiviti Kreatif

SEGALA MAKLUMAT LANJUT BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN MUADDIBAH DI TALIAN 019-2042151 ATAU DATANG BERKUNJUNG KE PASTI ISBAT AL-IMTIYAZ

Rehlah Ilmiyyah ke Zoo dan Pusat Sains

Thursday, July 29, 2010

Alhamdulillah, Pengurusan Pasti Isbat al-Imtiyaz dengan kerjasama erat dengan Winners Consultant telah menganjurkan Rehlah Ilmiyyah ke Zoo Negara dan Pusat Sains Negara sebagai pendedahaan dan memenuhi proses pembelajaran kontekstual melalui pengalaman sebenar pelajar. semoga anak-anak pelajar mendapat manfaat daripada rehlah tersebut

Gambar-gambar akan diupload kemudian

Selamat Datang - Ahlan Muaddibah

Assalamualaikum wrt wbr
Tidak terlambat lagi pihak pengurusan Pasti Isbat untuk mengucapkan selamat datang kepada semua muaddibah baru ke Pasti ini. Semoga kedatangan Muaddibah semua membawa rahmat dan sinar kepada perjuangan Islam melalui pendidikan dan pembinaan generasi bertaqwa

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua muaddibah sebelum ini yang telah bersama-sama Pasti Isbat diperingkat awal penubuhannya
1. Fatihah Muhammad (pulang ke Kelantan)- al-Fatihah diatas pemergian ayahandanya-semoga roh dicucuri rahmat Allah
2. Durratul Kamilah Shuib - berhijrah ke Brunei
3. Nur Izzati Ruslan - menyambung pengajian Sarjana Muda di Univ. Sultan zainal Abidin
4. Siti Noraidah - menyambung pengajian Sarjana Muda di Univ. Kebangsaan Malaysia

Jazakumullah Khair al-Jaza'

MAKLUMAN 3

Tuesday, March 9, 2010

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk

2. Berikut makluman-makluman untuk perhatian ibubapa sekalian :
i. Cuti persekolahan – takwim pembelajaran PASTI adalah mengikut sistem pengajian aliran kebangsaan, oleh yang demikian PASTI seluruh Malaysia akan bercuti pertengahan semester pertama pada 13 hingga 21 Mac 2010
ii. Keperluan penjagaan waktu cuti – bagi anak-anak pelajar mengikuti transit + pembelajaran waktu petang yang ibubapanya bekerja mengikut waktu pejabat dan menghadapi kesulitan penjagaan, boleh menghantar anak ke PASTI sebagaimana biasa, Muaddibah akan berusaha mengisi waktu tersebut dengan aktiviti-aktiviti pengukuhan pembelajaran
iii. Pembayaran yuran – sebagaimana dimaklumi, cara pembayaran yuran adalah melalui cara memasukkan terus ke akaun Maybank Islamik 555108002000 atas sebab keselamatan dan memudahkan ibubapa tanpa risau kehilangan serta meringankan tugas Muaddibah. Buat makluman, baru-baru ini sebuah PASTI di Negeri Sembilan telah mengalami kecurian, bagi mengelakkan kejadian tersebut, langkah pencegahan diambil. Ibubapa boleh menggunakan cara internet banking (Mayban2u @ IBG transfer), ATM Maybank transfer, ATM MEPS Transfer atau cash deposit - terpulang kepada kemudahan ibubapa sekalian. Berikan slip dan dicatatkan nama anak kepada Muaddibah untuk penyediaan resit penerimaan
iv. Pengajian KAFFAH (Kurikulum Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian) – Program pengajian tersebut dibuka kepada anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun dan akan bermula pada 3 April 2010. Kelas dilaksanakan 2 kali seminggu pada hari sabtu dan ahad jam 8.30 hingga 11.30 pagi. Pendaftaran dibuka sekarang dan ibubapa boleh datang melihat kurikulum yang digunakan bermula 15 Mac 2010. Kurikulum dan kawalan pelaksanaan dibawah Sektor KAFFAH, PASTI Malaysia
v. Egroups pasti isbat – belum ramai lagi yang menerima pelawaan egroups dan memberikan email alternatif bagi yang terlibat dengan penapisan sistem. Moga dengan cara ini memudahkan proses penyampaian maklumat
vi. Borang maklumat diri pelajar – masih ramai lagi yang belum menyerahkan borang maklumat diri pelajar. Borang tersebut perlu dihantar kepada PASTI Negeri untuk tujuan takaful berkelompok. Mohon tindakan segera untuk mengelakkan kesulitan
vii. Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Pelajar PASTI Kawasan Seremban pada 14 Mac 2010 – Saya membuat keputusan untuk tidak menghantar penyertaan ke kejohanan tersebut memikirkan kesulitan ibubapa, waktu latihan, bertembung dengan cuti persekolahan dan lokasi pertandingan di Seremban. Hanya Pasti Isbat al-Imtiyaz tidak menyertai kejohanan tersebut
viii. Mesyuarat Jemaah Ibubapa dan Guru (JIBG) – Dicadangkan pada 28 Mac 2010, tarikh akhir yang ditetapkan oleh PASTI Pusat adalah 31 Mac 2010. Mohon pandangan ibubapa dan boleh disalurkan melalui email : pastiisbat@gmail.com.
3. Semoga mendapat perhatian yang sewajarnya. Perhatian yang diberikan amat kami hargai. Sebarang permasalahan, sila terus berhubung dengan saya melalui email pastiisbat@gmail.com

Sekian, harap maklum

FORUM MAULIDURRASUL

Wednesday, March 3, 2010

FORUM MAULIDUR RASUL 1431
Anjuran: PASTI Kawasan Seremban

Tarikh: 5 Mac 2010 / 19 Rabiulawwal 1431H (Jumaat)
Tempat: PASTI Al-Wildan (berdekatan Masjid Dato' Klana Petra Sendeng, Jalan Pantai)
Masa: 9.15 malam
Ahli Panel:
1) Ust. Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa (Bekas Penterjemah Al-Jazeera ASTRO)
2) Ust. Hisommuddin Abu Bakar (Pengarah Ilham Centre)
3) Sdr. Ir. Ahmad Jais Alias (Mantan Pengarah Radio IKIM)
Moderator: Sdr. Mohd Nasrulhakim Abd. Nasir

Orang ramai dijemput hadir.

*Harap dapat dipanjangkan. Terima kasih.