MAKLUMAN

Tuesday, February 2, 2010

Berikut makluman-makluman untuk perhatian ibubapa sekalian :

i. Sukaneka pelajar PASTI kawasan Seremban
-21/2/2010 bertempat di Kompleks Sukan Paroi

ii. Pertandingan bola sepak/bola jaring pelajar PASTI kawasan Seremban
-14 Mac 2010 bertempat di Tepian Gelanggang, Paroi

- Bagi kedua-dua acara di atas, bermula minggu ini diadakan latihan pada setiap pagi. Setiap pelajar diharapkan dapat melibatkan diri dalam acara-acara yang dipertandingkan. Waktu pembelajaran setiap waktu dipendekkan untuk memberi laluan kepada sesi latihan (8.00 pagi – 9.00 pagi)

iii. Penubuhan Jemaah Ibubapa dan Guru (JIBG)
-Bulan Februari adalah bulan penubuhan JIBG. Mesyuarat pertama akan diadakan selewat-lewatnya 31 Mac 2010. Pihak ibubapa boleh berbincang mulai sekarang untuk melantik jawatankuasa dan usul dalam mesyuarat tersebut. Tarikh akan dimaklumkan

iv. Pakaian seragam
– telah diedarkan, bagi yang belum memperolehinya sila berhubung dengan guru. Pemakaian sebagaimana berikut ;
Isnin, Rabu dan Jumaat – pakaian seragam rasmi beserta kopiah/tudung
Selasa dan Khamis – pakaian sukan beserta kopiah/tudung

v. Buku teks dan aktiviti
- sila pastikan anak tuan/puan sentiasa membawa buku teks dan aktiviti setiap hari bagi mengelakkan gangguan pembelajaran.

vi. Keselamatan dan kesihatan murid
– Sila pastikan anak-anak tidak membawa mainan, barang berharga, kuku yang pendek dan tidak demam ketika datang ke sekolah

vii. Kedatangan dan Ketidakhadiran
– Sila usahakan anak-anak datang awal bagi mengelakkan ketinggalan. Sesi bermula jam 7.30 pagi. Jika anak tuan/puan tidak hadir, sila maklumkan sebab ketidakhadiran kepada guru untuk direkodkan dalam buku rekod kehadiran (melalui telefon @ sms)

viii. Sistem Penyampaian Maklumat
- pastiisbat@yahoogroups.com email tuan/puan telah dijemput – pastikan diterima jemputan tersebut, bagi email id …..@usim.edu.my, …..@iiu.edu.my-tak dapat diterima oleh sistem mungkin disebabkan ‘filtering’ daripada jabatan tuan/puan, Bagi yang belum memberikan email @ belum menerima jemputan pastiisbat yahoogroups, sila berikan email tuan/puan kepada pastiisbat@gmail.com
- pastiisbat.blogspot.com –segala perkembangan akan dimaklumkan disini

ix. Penambahbaikan berterusan
- Sebagai PASTI yang baru ditubuhkan, pastinya mempunyai kelemahan. Kami sentiasa membuat refleksi untuk penambahbaikan. Diharapkan ibubapa dapat memberikan teguran dan pandangan termasuklah dari segi pemantapan pelaksanaan kurikulum, keselamatan, kawalan pelajar serta pembinaan sahsiah dan peribadi. Perbincangan tentang perkembangan anak-anak, tuan/puan terus boleh berhubung dengan Muaddibah (guru). Sebarang permasalahan, sila terus berhubung dengan saya

3. Semoga mendapat perhatian yang sewajarnya. Perhatian yang diberikan amat kami hargai.

"BERSAMA MEMBINA KEPERIBADIAN ANAK SALIH DAN GENERASI BERTAQWA"
"PENDIDIKAN ANAK-ANAK ADALAH KEUTAMAAN KITA SEMUA"

Sekian, terima kasih.

0 comments: