KELEWATAN MEMBEKAL BAJU UNIFORM DAN BUKU TEKS 5 TAHUN

Wednesday, January 6, 2010

Ruj. Kami: PENPASTI/N9/(01/10)

Tarikh : 13 Muharram 1431H/30 Disember 2009



Kepada :
Ibubapa / Penjaga

KELEWATAN MEMBEKAL BAJU UNIFORM DAN BUKU TEKS 5 TAHUN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. PASTI Negeri Sembilan mewakili Jabatan PASTI Malaysia dengan rasa penuh tanggungjawab memohon kemaafan di atas kelewatan membekal baju uniform dan buku teks 5 tahun bagi sesi persekolahan 2010 ini.

3. Secara hormatnya dimaklumkan, pada tahun 2009, Jabatan PASTI Malaysia telah melancarkan design uniform baru sempena Sambutan Jubli Perak PASTI. Justeru, kelewatan tidak dijangka atas sebab teknikal design. Begitu juga untuk Buku Teks 5 tahun, kelewatan adalah kerana ada beberapa kesilapan cetakan telah dikenal pasti dan telah dibuat pembetulan sewajarnya.

4. InsyaAllah, secara teknikalnya baju uniform dan buku teks 5 tahun akan dibekalkan pada 20 Januari 2009. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

5. Akhirnya, PASTI mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan di atas kepercayaan tuan / puan kepada PASTI di dalam mentarbiyah dan mengasuh anak-anak agar menjadi insan yang bertaqwa dan terbilang.

Kerjasama daripada tuan puan amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Jazakumullahu Khairan Kathiraa.

Ke Arah Melahirkan Insan Yang Bertaqwa

Yang benar,

MOHD NAZRI BIN ZAINUDDIN
Pengarah
Jabatan PASTI Negeri Sembilan

0 comments: