BENGKEL SEPARUH HARI - PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU PASTI

Friday, January 22, 2010

Sempena cuti hari keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pada 14 Januari 2010, pihak pengurusan PASTI ISBAT AL-IMTIYAZ telah mengadakan Bengkel Separuh Hari Pedagogi Guru PASTI Siri 1 untuk guru-guru dan pembantu guru.

Bengkel ini diadakan sebagai asas permulaan P&P guru untuk memulakan sesi pengajaran selepas Program Transisi (4 - 15 Januari 2010)

Sebagai makluman semua, guru-guru tersebut telah mengikuti Kursus Asas Guru PASTI Siri 1 2010 Anjuran Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Sembilan pada 28-30 Disember 2009 yang lalu

*******************************************************


Kehadiran : Semua guru dan pembantu guru

Pengisian :
1. Taaruf
2. Tazkirah
3. Struktur PASTI dan aktiviti
4. Ciri-ciri asas seorang Guru
5. Asas Fitrah perkembangan kanak-kanak
6. Kaedah Pengajaran Iqra'
7. Asas Pengurusan Pengajaran dan pembelajaran
8. Refleksi

Siri berikutnya akan menyusul ....







Semoga usaha untuk membentuk dan membina keperibadian anak saleh mendapat suluhan pertolongan dan dipermudahkan oleh Allah segala urusannya
اللهم رب يسر لنا ولا تعسر علينا
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dan janganlah Engkau sukarkan urusan kami
اللهم بارك لنا فى أولادنا ووفقهم فى طاعتك وارزقنا برهم وارزقهم النجاح فى الدنيا والأخرة

Ya Allah, berkatilah kepada kami ke atas anak-anak (juga anak-anak didik) kami, dorongkanlah mereka ke arah ketaatan kepadaMu, anugerahkanlah kepada kami kebaikan-kebaikan mereka dan anugerahkanlah mereka kejayaan di dunia dan akhirat



0 comments: