BENGKEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID

Thursday, January 28, 2010

Assalamualaikum wrt wbr

Pihak pengurusan PASTI ISBAT AL-IMTIYAZ merancang dalam masa yang terdekat untuk mengadakan satu bengkel sebagaimana nama di atas dengan penglibatan daripada semua guru dan ibu bapa pada satu tarikh yang akan ditentukan nanti

Tujuan umum

1. Mendapatkan maklumat dan pengetahuan tentang pengurusan tingkah laku murid
2. Sebagai medan perbincangan antara guru dan ibu bapa untuk berbincang tentang subjek perbincangan
3. Merapatkan hubungan silaturrahim dan hubungan dua hala antara pengurusan, guru dan ibu bapa

Tajuk pembentangan dan cadangan pembentang

1. Pengenalan Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak : Tumpuan Khusus Lingkungan Umur 4-6 Tahun
Oleh :

2. Tarbiyyah (Pendidikan) Anak-anak Peringkat Umur 4-6 tahun Menurut Perspektif Islam
Oleh : Dr. Zulkifli al-Bakri (BA (Madinah), MA (Syria), Ph.D (USM)
Bekas Pensyarah Kanan USIM/Pendakwah/Penulis Buku

3. Pengurusan Tingkah Laku Murid Dari Perspektif Kaunseling dan Psikologi
Oleh : En. Norhisyam bin Ismail (BSc. (UM), M.Ed. (Counselling)(UM))
Pensyarah Kolej Negeri/JK PASTI Kaw. Rasah

4. Peranan Guru Dalam Pengurusan Tingkah Laku Murid
Oleh : Mohd Huzairi Husain
(BSh.(UM),MSh.(UM),PGD-IJALP(UKM),Dip.Ed(MPTAA),Calon Ph.D (UM)
Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia

5. Keselamatan dan Kesihatan Murid Dalam Pengurusan Tingkah Laku
Oleh : Dr. Ahmad Bayu Fuad (MBBS)
Doktor Perubatan Klinik Penawar Seremban/Ketua Sektor Pengurusan PASTI NS


Kerjasama daripada guru-guru dan ibu bapa amat diharapkan dalam usaha membina keperibadian insan taqwa dalam diri anak-anak

Semoga Allah mempermudahkan dan memberkati urusan kita semua

0 comments: